AKTIVIS PEMBINA AKTIF DI ISCAR

KUANTAN, 19 Mac- Berlabuhlah tirai IIUM Kuantan Sports Carnival (ISCAR ’12) dengan berlangsungnya majlis penutupan ISCAR ’12. Ucapan perasmian penutup ISCAR telah disampaikan oleh Prof Dr Muhammad Noor Omar, Timbalan Pengarah Kampus UIAM Kuantan. Acara malam ini diteruskan dengan acara kemuncak, iaitu penyampaian pingat-pingat kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada para atlet dari Kulliyyah of Science kerana telah berjaya mengungguli ISCAR sebagai juara keseluruhan dengan kutipan mata keseluruhan sebanyak 73 mata, diikuti oleh Kulliyyah of Pharmacy dengan 53 mata dan Kulliyyah of Medicine dengan 49 mata.
ISCAR (IIUM Kuantan Sports Carnival), atau turut dikenali sebagai Inter-Kulliyyah Games (IKG), merupakan program tahunan yang dijalankan di UIAM Kuantan. Bertemakan Al-Aql As-Saleem fi Al-Jism As-Saleem, antara tujuan penganjuran ISCAR adalah mengumpulkan dan mengeratkan ukhuwah antara semua pelajar UIAM Kuantan dari setiap kulliyyah dalam satu kejohanan sukan berprestij di UIAM.
Selain itu, ia juga bertujuan menggalakkan para pelajar UIAM agar sentiasa menjaga kesihatan yang dikurniakan Allah dengan cara kerap bersenam atau bersukan. Antara acara-acara sukan yang ditampilkan sempena ISCAR ’12 ialah bola sepak, futsal, bola jaring, bola keranjang, bola tampar, sepak takraw, badminton, pingpong, tenis, squasy, chess, carom dan olahraga.  Acara ini telah berlangsung selama seminggu, bermula dari 12 Mac hingga 19 Mac 2012.
Antara keistimewaan ISCAR pada tahun ini adalah tertubuhnya Unit Disiplin ISCAR yang bertujuan menjaga tiga aspek penting sepanjang ISCAR dijalankan, iaitu aspek penjagaan waktu solat, aurat, dan juga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Antara tindakan-tindakan yang telah  dilaksanakan oleh Unit Disiplin ISCAR adalah membuat peraturan agar semua permainan ditamatkan sebelum jam 7 petang, menghalang brothers menjadi penonton ketika perlawanan sisters sedang berlangsung, serta mengarahkan atlet-atlet yang tidak menutup aurat dengan sempurna agar keluar padang. Unit Disiplin ISCAR juga membuka kaunter di hadapan pintu masuk indoor stadium untuk memberi kefahaman kepada para pelajar tentang pentingnya tiga aspek ini dijaga ketika bersukan.
Selain itu, aktivis-aktivis PEMBINA UIAM Kuantan turut aktif melibatkan diri dalam acara sukan ini. Antara para aktivis yang mengambil bahagian dalam ISCAR 2012 adalah:
Ikhwah
Firdaus Abdul Hamid - Naib johan takraw, Kulliyyah of Medicine
Hafizuddin – Johan bola sepak, Kulliyyah of Science
Rahman Salimin – Johan bola sepak, Kulliyyah of Science
Mohammad Zaki Abdul Rahman – Tempat ketiga badminton, Kulliyyah of Pharmacy
Muhammad Al-Barra’ Ayub – Tennis dan squasy, Kulliyyah of Nursing
Syed Abu Zulfadhly – Johan squasy, Kulliyyah of Medicine
Fadzli Shafiee – Bola keranjang, Kulliyyah of Nursing
Affiq Ali – Johan pingpong (double), Kulliyyah of Science 
Firdaus Shahrom – Takraw, Kulliyyah of Science
Abdul Rahman Fauzi – Tempat keempat futsal, Kulliyyah of Dentistry
Naquib – Tennis, Kulliyyah of Pharmacy
Zaimuddeen Othman – Tempat keempat bola tampar, Kulliyyah of Allied Health Sciences
Akhawat
Siti Nurul Jannah Ismail – Naib johan 4x100 m, tempat ketiga bola keranjang, Kulliyyah of Pharmacy
Nurjalilah Mohd Rosli – Johan carom, Kulliyyah of Pharmacy
Lily Nur Aqmar – Naib johan badminton (double), Kulliyyah of Nursing
Nur Amalina Zulkefli – Bola jaring, Kulliyyah of Allied Health Sciences
Anisah – Bola tampar, Kulliyyah of Nursing
Atiqah Solehah Jamil – Tempat keempat lari 400 meter, Kulliyyah of Allied Health Sciences
Tahniah diucapkan kepada para aktivis PEMBINA yang mengambil bahagian dalam ISCAR 2012. Sesungguhnya Islam menganjurkan kita agar sentiasa bersukan dan menjaga kesihatan diri kita. Ingatlah, mukmin yang kuat itu lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah.

Wartawan: Nurjalilah Mohd Rosli

No comments:

Post a Comment