KUANTAN, 10 April: PEMBINA UIAM julung-julung kalinya telah menganjurkan Forum Cafe Cinta yang bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Pejabat Kampus Direktor UIAM Kuantan. Forum cafe cinta yang bertemakan "Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung" ini telah dihadiri kira-kira 450 pelajar yang terdiri daripada pelajar UIAM, UMP dan IKIP. Forum ini bermula pada pukul 8.45 malam telah berakhir kira-kira 11 malam.
Alunan ayat suci Al-Quran daripada surah An-Nisa' oleh saudara Muhammad Suyi telah membuka tirai forum cafe cinta. Forum cafe cinta ini disusuli dengan ucapan pembukaan oleh Saudara Afiq Abdul Jamil, naib pengerusi 1 PEMBINA UIAM Kuantan dan diteruskan lagi dengan tayangan video koprat PEMBINA UIAM Kuantan.
Sesi forum bermula kira-kira pada 9.30 malam dengan penyerahan majlis kepada moderator Muhammad Barra', pelajar tahun 4 daripada Kuliyyah Nursing. Forum perkongsian ilmu dan pengalaman ini diserikan dengan kehadiran ahli panel yang tidak asing lagi iaitu Dr Farhan Hadi Mohd Taib penulis novel "Denyutan Kasih Medik" dan Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin novelis islami tersohor di tanah air dengan novel "Seindah Mawar Berduri", "Tautan hati", dan "Sebarkan cintaMu".
Pada pusingan pertama ahli penal pertama, Dr Farhan telah menerangkan hukum bercinta menurut Prof Syeikh Yusof Al-Qardawi dan Syeikh Muhd Sani. Manakala ahli penal kedua membicarakan tentang kekuatan yang perlu ada dalam diri muslimah bagi menepis cinta sebelum kahwin atau godaan si adam. Antara yang ditekankan oleh Ustazah Fatimah Syarha ialah kekuatan faham, kekuatan ikhlas dan kekuatan mujahadah. Dalam pusingan kedua Dr Farhan mengulas dengan panjang lebar tentang kesan bercinta sebelum berkahwin. Tirai forum dilabuhkan dengan penjelasan bagaimana untuk menilai calon daripada Ustazah Fatimah Syarha. PEMBINA UIAM Kuantan mengharapkan agar semua hadirin mendapat manfaat daripada forum ini.
Wartawan: Atiqah Solehah Jamil
Jurufoto: Zaim Othman
No comments:
Post a Comment