KUANTAN, 18
April: sebuah forum yang berinspirasikan Imam Al-Syahid Hasan
Al-Banna telah berjaya dilaksanakan. Forum ini bertemakan isu gejala
sosial: mitos atau realiti dan berlansung di Dewan Auditorium Kuliyyah Sains
UIAM, Kuantan. Tujuan forum ini dilaksanakan adalah untuk membincangka
tentang isu-isu
semasa yang berkaitan dengan islam masa kini dan gejala sosial yang berlaku
dalam kalangan remaja dengan mengupas asas pemikiran tokoh islam Imam Hasan Al
Banna. Imam Hasan Al-Banna dipilih
sebagai model islamik forum kali ini kerana beliau terkenal dengan semangat
perjuangan dalam menegakkan agama Allah. Beliau juga seorang ulama’ yang sangat
berpengaruh serta merupakan pengasas Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan sejak
Mac 1928.
Bermula pada
pukul 8.30 malam, para hadirin yang terdiri dalam kalangan pelajar UIAM sendiri
telah mula mengambil tempat di dalam dewan.Walaupun kehadiran pelajar-pelajar
pada mulanya agak kurang, tetapi jumlahnya semakin bertambah semasa program
sedang berlansung. Alhamdulillah diucapkan kerana walaupun masing-masing sibuk
dengan pelajaran, namun program ilmu sebegini masih mendapat tempat di hati
mahasiswa dan mahasiswi UIAM.
Pada jam
8.45 malam, tetamu kehormat dan penceramah tiba di Dewan Auditorium. Program
tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Ali Bin Abdullah, selaku Penasihat
Pembina UIAM Kuantan. Kemudian, beberapa video turut ditayangkan bagi
menjelaskan lagi para hadirin yang hadir mengenai tujuan sebenar forum dan
memberi kesedaran mengenai majoriti umat islam masa kini yang semakin hari
semakin jauh dari islam yang pernah diperjuangkan oleh Rasulullah S.A.W suatu
ketika dahulu.
Selesai
tayangan video, program diteruskan dengan sidang forum yang terdiri daripada
tiga orang ahli panel iaitu Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin ISMA Kuantan, Ustaz
Rushdan Bin Abdul Halim, finalis Imam Muda Musim Kedua, Abdul Fatah Bin Rizwan,
Naib Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar UIAM Kuantan, Sharif Bin Ahmad serta
moderator iaitu Pengerusi Persatuan Pembina UIAM Kuantan, Mohd Firdaus Bin
Abdul Hamid. Forum tersebut dikendalikan mengikut tiga pusingan. Pada pusingan
pertama, ahli panel diminta untuk memberikan pandangan mengenai ancaman
sosial iaitu sama ada ianya hanya mitos
atau realiti dan puncanya. Pada pusingan kedua pula, mereka telah membincangkan
mengenai serangan pemikiran oleh pihak Barat keatas umat islam manakala pada
pusingan ketiga, ahli-ahli panel diminta untuk mengupas bagaimana Imam Hasan
Al-Banna mengemukakan solusinya dalam mempertahankanhak umat islam.
Subhanallah,
perbincangan oleh ahli-ahli panel tersebut sungguh mantap dan sangat berkesan
kepada para hadirin yang hadir. Begitu banyak isu yang melibatkan mahasiswa dan
mahasiswi turut ditampilkan lantas memberikan kesedaran kepada para pelajar
untuk mencontohi semangat perjuangan Imam Hasan Al-Banna.Walaubagaimanapun,
forum tersebut tamat sedikit lewat dari jadual asal berikutan perbahasan yang
begitu bersemangat dan menarik oleh setiap ahli panel. Terima kasih diucapkan
kepada mereka. Program tamat pada jam 11.45 malam. Diharapkan para hadirin yang
hadir mendapat input yang sangat bermanfaat hasil daripada perbincangan melalui
forum ini, InsyaAllah.
Wartawan: Izyan Binti Zainal.
No comments:
Post a Comment