KUANTAN, 19 Mac- Berlabuhlah tirai IIUM Kuantan
Sports Carnival (ISCAR ’12) dengan berlangsungnya majlis penutupan ISCAR ’12. Ucapan
perasmian penutup ISCAR telah disampaikan oleh Prof
Dr Muhammad Noor Omar, Timbalan Pengarah Kampus UIAM Kuantan. Acara
malam ini diteruskan dengan acara kemuncak, iaitu penyampaian pingat-pingat
kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada para atlet dari Kulliyyah of
Science kerana telah berjaya mengungguli ISCAR sebagai juara keseluruhan dengan
kutipan mata keseluruhan sebanyak 73 mata, diikuti oleh Kulliyyah of Pharmacy dengan
53 mata dan Kulliyyah of Medicine dengan 49 mata.
ISCAR (IIUM Kuantan Sports Carnival), atau turut
dikenali sebagai Inter-Kulliyyah Games (IKG), merupakan program tahunan yang
dijalankan di UIAM Kuantan. Bertemakan Al-Aql As-Saleem fi Al-Jism As-Saleem, antara
tujuan penganjuran ISCAR adalah mengumpulkan dan mengeratkan ukhuwah antara
semua pelajar UIAM Kuantan dari setiap kulliyyah dalam satu kejohanan sukan
berprestij di UIAM.